4 Feb 2010

Seharian di sekolah..

Sempena sukan tahunan SK Ayer Hitam 2010 ini, seluruh warga sekolah mula giat berlatih di sekolah. Masing-masing nak menjadi juara keseluruhan. Termasuklah aku, guru rumah jingga. Rumah sukan ini baru ditubuhkan pada tahun ini termasuklah satu lagi rumah sukan baru iaitu ungu..

Pagi-pagi aku dah bersama dengan ahli rumah jingga berlatih lompat tinggi. Aku memantau je.. takkan melompat plak..huhu.. Sehinggalah jam 9 lebih, murid-murid masuk ke kelas, aku beralih pula untuk bersama dengan murid pendidikan khas. Murid pendidikan khas ini juga ada sukan peringkat daerah pada bulan Mac nanti. Jadi mereka juga perlu berlatih.

Selepas jam 10.05 pagi aku ada kelas Sains dan Alam Sekitar. Hari ini bagi murid-murid lembaran kerja sahaja. Aku penat, mereka pun penat. Huhu..

Tengahari, aku stay sekolah.. Mewarna mural yang sudah siap aku lukis. Warna yang mudah-mudah sahaja. Aku ada membuat mural di belakang kelas. Simple saja, jadi kenalah siapkan cepat. Nanti orang cakap mural yang mudah pun perlu sebulan lebih untuk disiapkan..Huh, lebih baik aku siapkan cepat. Mujur kali ini PPM membantu aku mewarna mural ini.

Jam 4.30 petang aku ke padang lagi. Kali ini aku menguruskan pemilihan pemain bola sepak sekolah. Maklumlah, aku dilantik menjadi pengurus pasukan. Hadiri mesyuarat, buat surat menyurat..ntah apa lagi pun aku tak berapa pasti sebenarnya.. Aku baru nak belajar ni.. Aku buat latihan sehingga jam 6 petang. Memang penat..

Malam ni aku nak tidur awal.. Esok rutin yang hampir sama!!

2 comments:

selamat memberi ulasan