2 May 2009

No comments
Posted in ,

Catatan tertunggak selama seminggu..

Hari ni hari Sabtu..Sebelum hari sabtu ni, aku busy btul kt ofis..(kdg2 aku wat2 busy.hahaha)..
balik pkul 8 mlm, 8.30 mlm..semua ni gara-gara kursus di Puteri Resort Melaka pada Ahad nanti..Aku selaku pegawai kena la uruskan macam-macam..handle staf E17 yang lapor diri lagi..tapi best la sebab time busy ni aku kenal staf lain dan orang mula mengenali aku..hohoho..
Hari ni hari Sabtu..keesokan hari Sabtu ni, aku akan bertolak ke Melaka..ikut perancangan pukul 11 lebih berkonvoi..Semoga aku sampai Melaka dengan selamat..Taklimat di Melaka ni bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kakitangan baru berkenaan Projek Banci Perdagangan Edaran yang akan dibuat selepas balik dari Melaka nanti..Nak explain detail pun aku bukannya tau sangat..sebab tu aku kna gi taklimat ni.. 3hb sehingga 6hb Mei 2009..
Ni je la yang aku nak catatkan..Cau cau cau..

25 Apr 2009

No comments
Posted in ,

Al kisah dua hari menjadi GSTT

Huh, dah lama tak menaip..mood nak menaip tu ada tapi tak sempat nak connect internet..panjang critanye sampai tak sempat tu..
Al kisah..bermula la kisah...pada hari kedua aku berkhidmat sebagai guru (walaupun lum dapat offer letter yang rasmi dari PPD Batu Pahat), aku dapat panggilan dari Jabatan Perangkaan Shah Alam..aku diminta lapor diri pada 20hb April 2009 sebagai Pegawai Perangkaan E41..Hari Isnin ni!!
Setelah berfikir panjang, aku wat keputusan mutlak..aku ke Shah Alam..maka bermula la hidup baru di Shah Alam..aku tinggal di rumah akak aku di seksyen 24..Agak sukar nak menyesuaikan diri di sini..tapi tu perkara kecil jek..aku kena mula belajar sekarang. Aku kena mendalami kerja-kerja sebagai pegawai ni..nak menguruskan pasukan kerja yang lebih tua dan lebih berpengalaman daripada aku..haa camna tu??sendiri pikir..
Malam hujung minggu yang pertama di Shah Alam, aku tengok movie Jangan Tegur dengan adik aku..Nuar..banyak terkejut la jugak..wahahaha..tapi tak tutup muka la mcam adik aku..hahahaha..pagi esoknya, aku gi car wash..siot burung-burung kat flat ni..berak-berak kat keta plak..aku berak kat kepal burung tu kang baru tau..keta dah kilat, aku round-round tengok jalan shah alam..
Kisah kerjaya aku belum tamat di sini..Ada yang lebih besar ingin aku capai...aku tau aku mampu..masnya je belum sampai..(huh tiba-tiba aku bersemangat plak ni apehal)..k, aku nak makan kat kedai mamak..chow..

16 Apr 2009

2 comments
Posted in ,

Sesudah hari pertama..

Hari ni memang penat..pagi-pagi pkul 2.50am aku bangun tengok bola..(siot ManU menang) pastu jumpe Arsenal..memang laluan ManU ni selalu dapat yang senang..(bajet leh g final la konon..)tak macam Barca..selalu jumpe team kuat..Kita jumpa final la nanti!!(kata-kata fanatik Barcalona..hahaha)
Yang aku nak cerita sebenarnya pasal hari pertama aku kat SMK Yong Peng..Aku datang 7.30am..macam biasa la,jumpe Pengetua, jumpa GPK 1, jumpa guru-guru lain..Aku masih tak diberi jadual dan subjek apa yang perlu diajar..Sesi pagi atau petang pun belum diputuskan..
9.45am aku dah kena masuk kelas..ganti guru yang tidak hadir..Subjek math..Aku masuk tingkatan 3H..(kelas form 3 ada sampai I) mencabar masuk kelas 2nd last ni..tapi sume berjalan lancar..hohoho..(aku tak mengajar pun..borak je..)
Pukul 11.30 aku dibenarkan pulang awal..Alasannya nak ke JB..aku ada urusan dengan doktor pakar..balik umah dah 4pm..memang penat...lenguh kaki aku..
Tapi syukur pada Allah la sumenya berjalan lancar..maknanya Allah permudahkan urusan aku dari start lapor diri, sampai la balik dari JB..
Esok tak tau lagi camne..

15 Apr 2009

2 comments
Posted in ,

INI ADA SATU CERITA...PANASSSSS

Aku graduate in International Business Management..Baru lepas konvo 29hb Mac 2009..Berangan nak ada bisnes sendiri..(tapi tak tau bisnes ape lg..hoho). Mak dan ayah aku berkhidmat sebagai guru.. Leh bayangkan tak kalau aku jadi cikgu?? Hahaha..Itu lah realiti esok hari (16hb April 2009)..Wahahahaha..
Tengahari tadi aku dapat panggilan telefon dari En Hamzah, PPD Batu Pahat (agaknye..sebab gelabah,aku tak dapat ingat nama dia..huhuhu). Aku diminta lapor diri di SMK Yong Peng esok!!.. Tanpa offer letter, aku kena datang slamber rock je lapor diri esok sebagai GSTT..cantekk..
So, aku tabahkan hati, kuatkan semangat untuk esok..(baru lepas ikat tali leher ngan iron baju walhal esok orang pkai baju batik!!) takkan aku datang lapor diri dah pakai baju batik plak kan..so wat slamber dulu..hoho..Rambut aku yang macam Rambo baru masuk tentera pun dah dipotong ptg tadi..huhu..
Aku tak kesah sebenarnye dapat sekolah yang ada berbilang kaum ni..aku risau subjek pe la yang kena ajar nanti..aku kalo bleh nak ajar magic je kat bdk2 ni..hahaha..(nak ajar Harry Potter..)ajar PJ pun ok gak..tp yang aku dengar, banyak kosong kat English..adoyaiii....
Ok la..aku nak tido awal pasal pkul 2.45 nanti nak bangun tengok bola..hohoho..Aku berharap ManU kalah..(bukan sokong Porto,tapi aku tak suka ManU)..Hidup Barca!!!aku ada gaya Messi skit..hahaha
SO tunggu la cerita esok camne..mintak-mintak perkara yang baik berlaku..jangan la aib-aib plak..AMIN...~~
No comments
Posted in ,

Terbaca Emel Sendiri..

Masa keje kat PTP, aku ada dapat emel..Mesejnya lebih kurang mcm bdk2 pompuan sekolah menengah slalu wat la..RESEPI KEJAYAAN atau dikenali dgn whatever nama lagi la..ala yang mcm ni la.."gaulkan usaha yang diadun dengan ketabahan beserta doa yang istiqamah..."and ntahapeape ayat lg la..(sumpah aku tak pernah baca artikel mcm ni sampai abis..geli..haha..kat majalah sekolah mesti ada tiap-tiap tahun..).

Tapi emel yang member aku bagi ni lain skit..Aku tertarik nak baca..sebab aku terbayang mcm aku telefon PTPTN..hampeh operater mesin yang jawab..wat abis kredit aku je..memang ilang sabar..!!!Ok, rerajinkan la mata untuk baca artikel kat bawah ni..baca subtitle movie sejam boleh..ni tak sampai 2 minit pun..Layankan...


Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar ini:
Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah".

Tekan 1 untuk 'meminta'.
Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'.
Tekan 3 untuk 'mengeluh'.
Tekan 4 untuk 'permintaan lainnya'."


Atau....

Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:
"Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah sabar menunggu.
Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya."

Atau,

Pernahkah anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat respons seperti ini:
"Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat Jibril, Tekan 1.
Dengan Malaikat Mikail, Tekan 2.
Dengan malaikat lainnya, Tekan 3.
Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat anda menunggu, Tekan 4.
"Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga & neraka,sila tunggu sampai anda tiba di sini!!"

Atau mungkin juga Anda mendengar ini :
"Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah lebih sekali menelefon hari ini.
Sila cuba lagi esok."

atau....

Pejabat ini ditutup pada hujung minggu.
Sila hubungi semula pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi."

Alhamdulillah. .. Allah SWT mengasihi kita,Anda dapat menelefon-Nya setiap saat!!!
Anda hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila saja dan Dia mendengar anda.
Kerana bila memanggil Allah,tidak akan pernah mendapat talian sibuk.
Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara peribadi.
Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini:
24434
2: solat Subuh, 4 : solat Zuhur, 4 : solat Asar, 3 : solat Maghrib, 4 : solat Isya.
Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul "Al Qur'anul Karim & Hadis Rasul" Talian terus , tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa bil.. Nombor 24434 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!!

Haa..kan tak sampai 2 minit pun baca..Kalau lebih,anda memang slow membaca..hehe..Tak payah hurai la..ada otak sendiri fikir..ada akal sendiri ta'kul..