16 Jun 2009

3 comments
Posted in

KENANGAN....

Sambil-sambil duduk depan tv tengok Men In Black ni, aku teringat pasal gambar konvo aku..
Tak de post lg pasal gambar aku amik scroll tu..hoho... aku teringat ni pasal kawan aku Wan Esa call pagi td, dia tanya pasal sijil tu la..

Walaupun post aku ni macam dah lapuk, tapi kenangan @ sejarah dalam hidup aku ni sentiasa segar dalam ingatan.. 'Bukan mudah,mencapai bintang..di angkasa...huuuyeeehh...'(lagu AF ni hahaha)

Ni la gambar aku dulu tu.. 28 April 2009..aku ingat sangat tarikh ni sebab aku tak dapat gi exam KPLI kt Johor..(aku dah kt kedah masa tu..tapi ye ke tarikh ni..??aku igt-igt lupa plak..hahaha)
Setelah di baca oleh Cik Mashimaro kita (29 Jan 2010), dia dh ingtkan aku tarikh sebenar setelah lama aku abaikan post ini. Aku konvo 29 April 2009.. 28 Nov 2010 tu exam KPLI..
Mekasih cik Mashimaro.. Keep reading!!!!


No comments
Posted in ,

Permulaan hari bekerja selepas dua hari di Yong Peng



Pagi Isnin yang gopoh (aku yang gopoh sebenarnya..)

Hari Isnin aku agak kelam kabut..bangun awal macam biasa..(6.30am).tapi tak tau la mana silapnya..aku dah bersiap nak gi keje ni, time nak kancing seluar baru aku perasan cangkuk seluar aku dah tak de...arghhhh...ni mesti ilang time basuh guna mesin ni..aku pun capai seluar lain..kena gosok dulu la sebab renyuk sangat..pastu akak aku mintak hantar gi ofis plak..jalan sesak ya amat...aku bawak selaju boleh..selit-selit skit akhirnya sampai la ofis...(sampai lambat jugak).. Sebab aku pegang kunci bilik operasi DT (distributive trade) maka ramai la budak-budak hangin satu badan dengan aku..hahahaha..padan muka korang masuk bilik lambat..!!! sape suruh aku pegang kunci..hahaha..


Otak dah serabut pagi-pagi

Masuk je bilik DT,aku tengok meja serabut, envelope banyak, otak aku pun macam dah serabut..jangan litar pintas sudah..pagi-pagi dah ada budak kawalan mintak laporan.. Huh, nasib baik benda-benda tu ada dalam laptop aku.. aku suruh budak tu kira sampai 120saat mesti dah leh dapat report tu. tak sampai 120saat aku dah bagi dia..(saja pagi-pagi wat seronok-seronok..haha..bukan buli tau). Tapi hari ni tak la sibuk sangat sebab baru start kan..tengok la esok nanti..hohoho..pasti lebih mencabar..
Esok aku nak wat semakan kualiti (observe keje staf aku) kat Puchong n Shah Alam.. Malas nak pegi tapi kena paksa diri juga... Aku bukan tau jalan sangat.. takpe, buku map selangor ada kat aku..redah je la... ok mata dah mengantuk ni.. Semoga esok lancar dan urusan aku dipermudahkan Allah..~amiiiin~

13 Jun 2009

No comments
Posted in ,

Generasi Encik Ateh dan Puan Sharifah berkembang lagi..


Aku dah jadi pakcik..!!! pak ude..hahaha
Inilah anak buah sulong yang ditunggu-tunggu tu..
Muhammad Iman Bin Mohd Noor Azam
Alhamdulillah akak ipar aku dan bayi ini selamat..
Semoga pintu rezeki abang aku semakin luas terbuka dengan kehadiran Iman ni..

DAN
kepada abang aku, semoga menjadi bapa yang bertanggungjawab dalam semua hal..
kepada kak sid, asuhlah Iman ni menjadi insan yang seeloknya..InsyaAllah..

Nak tengok gambar-gambar dan cerita-cerita menarik pasal baby ni??
tengok la blog abang aku..
apedehal plak aku nak crita lelebih pasal baby ni kan..hahaha
bapak dia mesti update selalu...

11 Jun 2009

No comments
Posted in

Sekali plan tak jadi daaa...

Huh..macam dah lama tak update blog..
Minggu ni aku gembira pada diri aku.. gaji masyukkk!!!!huhu.. tapi plan aku berubah skit la.. niat dihati nak beli handset terpaksa aku tangguhkan.. aku baru perasan tumit kasut aku pecah..terlopong nampak paku.. aku pun tak tau dah berapa lama kasut tu camtu.. jadi aku pun beli la kasut Dr. Cardin + kasut casual (nak jalan-jalan konon..hehe)..
Niat utama nak beli broadband dah aku laksanakan petang tadi..setelah berfikir masak-masak sampai ranum..aku pun beli maxis broadband.. (ni aku tengah menaip disisi maxis broadband yang aku dah activate kan tadi..hoho)
Esok nak service keta plak..aku risau sebab masa tekan brek, bunyi kurang menyenangkan dari belakang..maybe masalah brek belakang kot..(mintak-mintak la tak kena bayar mahal-mahal)
Aku ada target sebenarnya..nak saving skit untuk masa depan.. tapi tanggungjawab lain aku tetap tunaikan la.. petang tadi lepas beli broadband, aku gi beli hadiah untuk bakal anak buah sulong aku..InsyaAllah..nak tau hadiah ape??? tunggu la bila baby lahir nanti.

3 Jun 2009

1 comment
Posted in ,

Kehidupan diteruskan..

Minggu ni agak sibuk...sampai aku tak perasan time lunch dah lepas..huhu..nasib la aku dibantu oleh E27 yang best..aku cakap je ending result nak camne, diorang leh wat dengan cara sendiri..so keje aku bertambah mudah la..(aku tak leh bgtau nama diorang..nanti klo diorang tau,mesti riak..klo dah riak wat keje tak ikhlas la plak..hahaha)..
Masa aku type entry ni, aku kat umah..kebetulan kawan aku tertinggal broadband stick di pejabat..pe lagi,aku pun try la broadband maxis kat umah ni..agak bagus la..timekaseh N..klo hari-hari ko tinggal pun,best jugak..hehe..
Kerja esok belum difikirkan lagi..tapi dah terlintas apa yang hendak dibuat..mungkin kena wat semakan kualiti kat Puchong...aku bukannya expert pun nak round kat Puchong..tapi terpaksa pergi,kena la pergi..
Malam ni takde idea la nak tulis..mungkin sebab aku dah ngantuk, badan dah letih..(macam keje wat bangunan plak)..InsyaAllah, dalam dua tiga minggu ni, aku akan update selalu blog aku ni..byk perkara nak dikongsikan..tapi bila mood takde, nak wat ayat punya la susah..macam nak tulis point je..hehehe..k la..mata aku dah bagi isyarat nak berehat.ZZzzzZZZZ (dah tido da...)