3 Apr 2009

AKHIRNYA.....kisah di UUM

Akhirnya....setelah 3 tahun penantian..penat berjalan kaki ke kuliah, letih membuat tugasan, lesu bersengkang mata mengulangkaji..segalanya seolah-olah terbalas walaupun tidak sampai 2 minit berada di atas pentas semasa hari konvokesyen ke-22 Universiti Utara Malaysia..

Sedikit coretan sekitar hari konvokesyen inginku kongsikan..

26 Mac 2009, 6.30 pagi..aku tiba di Changlun..

Pemandu pelancong kejutkan aku daripada tidur, “Adik,adik..!!adik turun Changlun kan..?”.Memang aku dah di depan perhentian bas Changlun!!Fuh kalau tak dikejut, memang aku dah sampai Hadyai..Bas yang aku naik tu ada pelancong Britain, China, dan entah dari negara apa lagi, aku pun tak tahu..

Jam 6.30pagi, nasib baik Nadzrul datang menjemputku..aku datang semata-mata untuk mengambil jubah konvokesyen. Aku menginap di bilik Haikal & Nadzrul.. Sedihnya, ujian M-Test KPLI terpaksa aku korbankan kerana ia dijalankan setara Malaysia pada tarikh 28 Mac sedangkan konvokesyen aku pada 29 Mac 2009..Mudah-mudah rezeki aku masih terbuka luas..

29 Mac 2009, aku dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Antarabangsa dengan Kepujian. Mak, ayah, adik, angah dan abang Ben datang meraikan.. Terima kasih sudi datang ke hutan Sintok ni.. Keluar daripada dewan, hampir 30 minit baru dapat cari famili aku..Kaum India memang ramai..dah macam pesta kaum India plak masa tu..Walaupun hujan renyai pada hari itu, aku sempat bergambar dengan rakan-rakan dari Kolej Petronas..(Hubungan kami memang luar biasa..hadir setiap kali ada kawan-kawan menerima ijazah)..

Hari berikutnya aku bergambar keliling UUM bersama Faizal..Bayan ngan Metro jadi cameraman..Memang bergambar sakan sebelum pulang jubah..dah nak hitam muka sebab berpanas..

31 Mac 2009, aku tiba di Lucky Garden pada jam 7.30 pagi..bas dari Kedah tu tak lalu di pekan Yong Peng..tidak ada siapa yang boleh menjemput aku pulang ke rumah..(ayah kerja, mak jaga adik di wad) Aku nekad berjalan kaki dari Lucky Garden ke rumah setelah yakin tidak ada bas yang akan lalu pada waktu itu..Memang seperti yang disangka,tiada bas ataupun teksi yang lalu..Sejam berjalan kaki,akhirnya aku tiba di rumah pada jam 8.30 pagi..penat yang tak terkata...

Kaki aku lenguh yang teramat sangat..sampai sekarang pun sakit lagi..Petang tu aku pergi melawat adik di Hospital Putra, Batu Pahat..adik kena tahan wad selama 4 hari..Kena caj RM2200..giler dasat..padahal takde bedah apa-apa pun..memang mahal...tak pe, yang penting adik aku selamat..








4 comments:

  1. alhamdulillah.....lepas ni masa untuk cari kerja lak..insyaAllah..rezeki ditangan Allah....jgn putus asa!

    ReplyDelete
  2. Tahniah!! sakan gak ko tangkap gambar ek...mana ko taruk gmba awek cun b4 masuk dewan tu?:P
    wah jalan kaki sejam nak sampai rumah...kalo aku mau 2 jam kot...siap singgah kedai tambah tenaga dulu...huhu

    ReplyDelete
  3. perhatian: ini adalah ulasan..bukan kutukan.. ;-p

    congrats ae..dh tbalas pnat lelah perah otak..

    apply KPLI for next year je la nmpknye..akak gi kat test ari tu..nti buln 7 DPLI kuar lg kot..

    ReplyDelete
  4. to nurul: insyAllah..chaiyok2 kpd diriku sendiri...

    to mashimaro: tahniah tuk ko gak..gambar awek cun tu tak leh publish kt cni..nanti org ckp,"CUN KER???"..hahaha..

    to Hernee: hoho..mekaseh..emm tpaksa la tggu..ada chance,try lg..

    ReplyDelete

selamat memberi ulasan