26 Aug 2009

Aku ke mahkamah jua...mungkin kau nanti



26 Ogos 2009..Pengalaman pertama aku..harapnya ini kali terakhir..

Kenapa sampai ke mahkamah ni..?? Tak boleh ke diselesaikan diluar mahkamah?? Aku bersungut sepanjang perjalanan ke mahkamah Batu Pahat. Namun aku terpaksa turutkan juga..
Jam 9.15 aku tiba di mahkamah. Kulihat ramai anggota polis, dan majistret disitu.. adakah mereka tunggu kedatangan aku?? Aku tak bersalah laaa!! Bilik pertama dan kedua yang aku temui sedang digunakan untuk perbicaraan kes yang entah apa masalahnya.. Mengikut petunjuk arah di bangunan mahkamah ni, aku terpaksa naik ke aras 1.. Di aras satu, aku lihat di satu sudut pihak defendan dan plaintif berbincang dengan peguam masing-masing.. Dengan dokumen yang kugenggam, aku gagahkan hati untuk hadapi apa-apa yang bakal berlaku..

“Kad pengenalan ada, lesen pun memang aku bawa..pen pun ada ni...”, kataku pada diri sendiri.. Aku baca papan tanda yang ditampal dipintu,tak salah lagi..aku dah di bahagian yang sepatutnya.. Aku berjumpa pegawai yang berada di bilik itu.. JURIAH mengikut nametag di tudungnya.

“Assalamualaikum puan..”, sapaku dengan sopan.. Kuserahkan dokumen-dokumen yang aku bawa. Pegawai tu meneliti setiap helaian yang aku bawa.. Macamlah aku nak menipu tapi memang tugas beliau pun.. Biasalah dimahkamah.. Beliau meminta kad pengenalan aku dan bertanyakan beberapa soalan.. Aku jawab dengan tenang tanpa sedikit pun rasa gementar.. Aku dah cakap aku tak bersalah!! Orang bersalah je yang gelabah.. 15 minit kemudian semua dokumen yang aku serahkan dipulangkan kembali..

“Tahniah dik..dah selesai dah”, kata pegawai tersebut.. Aku senyum panjang.. Akhirnya selesai juga aku membuat akuan sumpah di mahkamah.. Nak jadi cikgu ni kena buat akuan sumpah..huahuahuahua..

Semalam aku dah buat medical check up..hari ni buat akuan sumpah je la.. Tamatlah sudah hari suspen aku..hohoho..

3 comments:

selamat memberi ulasan