29 Sept 2009

No comments
Posted in

Hari kedua persekolahan..

Pagi-pagi lagi aku sudah memecut laju menuju ke SK Ayer Hitam..takut terlewat sebab keluar rumah dah 6.50am..dengan pemanduan laju (sehingga 140kmph) dan berhemah, aku sampai pada 7.09..cantek..

Hari ini aku berpakaian sukan..nak ajar budak PJ..tapi yang sebenarnya, aku kena hantar dua orang pelajar untuk latihan pusat Futsal..

Latihan pusat ni sempena Karnival Permainan peringkat negeri di Parit Raja pada 5 dan 6 Oktober nanti.. Mengikut surat latihan dibuat pada jam 8pagi di Parit Jambol..tapi BERJAMBOL aku tunggu cikgu dan pemain dari sekolah lain..aku sampai 7.40..tapi yang lain datang dekat pukul 9am..takpe..aku sabar...sebab nampak nsem kalo aku sabar..

Latihan sehingga jam 11 lebih..aku pulang ke sekolah dan ada sedikit kerja menunggu..edit surat untuk karnival ini..

Esok kena hantar budak lagi..aku akan gerak pukul 8 dari sekolah..

Selamat bertugas untuk aku..





1 comment
Posted in

Sesi persekolahan bermula...

Huarghhh...setelah puas berehat dan bercuti selama seminggu...Time to work now!!!! Mood raya tak ilang lagi..tapi aku gagahkan semangat aku ke sekolah..

Sesi pertama di sekolah bermula dengan baik sekali..pagi-pagi Isnin ni sudah hujan..maka rekod aku masih belum pecah lagi..belum pernah menghadiri perhimpunan hari Isnin..secara tak langsung, aku belum pernah mendengar lagu SK Ayer Hitam ni..hehehe..kalau time interview KDC hari tu kena tanye,memang aku nyanyi lagu sekolah aku dulu je..(aku edit-edit skit)..hahaha

Hari pertama aku rasa tak sedap hidung..hehe..selsema..tapi hingus tak meleleh..aku asyik la bersin dan hindung gatal..puas aku korek-korek secara sembunyi..(jaga attitude guru da..) tapi masih gatal juga.. malam tu jugak aku segera ke klinik.. doktor cakap ni sebab resdung juga ni..walaupun aku dah operate (rm6 ribu lebih tu...) tapi penyakit boleh berulang lagi..(jauhi seafood!!!) setelah ambil ubat di kaunter, RM20..cantek...

Sekarang hidung tak gatal lagi..tapi makan ubat tu mengantuk...
2 comments
Posted in ,

KEJUTAN RAYA KE 8...


Sedang enak aku bermain game sambil mengalahkan adik-adik aku dalam FIFA08, aku mendapat mesej..'ktorang nak datang umah..' maka aku pun bgtau la mak yang famili awalin nak datang umah.. Pada raya ke lapan maka tiba la awalin bersama keluarganya..mungkin kedatangannya ini merupakan serangan balas terhadap lawatan kami sekeluarga ke rumah beliau pada raya yang lalu..(aku tak ingat raya keberapa..ke 4 atau 5 kot..mls nak refresh otak)

Aku membantu mak di dapur sekadar yang mampu..(merasa makanan pun sudah dikira bantuan terhebat yang aku tolong..hahaha) aku tolong angkat hidangan ke depan je..

Perbualan dimulakan dengan rancak oleh ayah yang saling berbalas perbualan dengan En. Mustafa (bapa awalin) kadangkala disambut tenang oleh mak aku dan Pn. Zainab menyelit juga secara tak langsung..aku pula mencucuk dimana ada ruang-runag kosong untuk berbual..huahuahua...

Setelah sesi mee bandung mak aku disebat dengan rakus (tanda sedap tu..hehe) perbualan diteruskan dan sesi bergambar menyusul pula..aku berjaya muncul pada saat-saat akhir sebelum punat kamera ditekan oleh adik aku, Fitri..Inilah gambarnya walaupun famili awalin tak cukup korum..2 orang adiknya ke Kuala Lumpur..iaitu Fikri dan Hazwan..

Sebelum balik setelah kenyang selepas makan..
Sekian laporan untuk raya ke 8..

26 Sept 2009

3 comments
Posted in ,

RAYA KALI INI..

SELAMAT HARI RAYA...

memang tak sempat nak updated blog sepanjang syawal ni.. sibuk melayan tetamu, sibuk beraya, sibuk melayan anak buah.. nak guna internet pun penuh pula dengan pengguna-pengguna setia internet di rumah ni..huhu..

Gambar boleh menceritakan segalanya... so aku upload gambar je la..aktiviti sepanjang syawal ini...(tak ikut flow la..main upload jek)

Bergambar dengan saudara sebelah mak di Muar..tak semua ada ni..

Sebelum ke Jementah..gambar ni tiada sebarang touchup yek..nsem yang asli..hahaha

Baby Iman..geram giler tengok dia ni..

Sampai jementah..tuan umah baru beli sayur da...

Sebelum ke Jementah..Kali ni, Angah dan Abg Ben ada skali..

Sebelum ke Ayer Hitam pada raya pertama (sebelah ayah).

Selepas solat raya..Angah tiada kerana beraya di Shah Alam..(rumah mertua)

Di pagi raya..memohon ampun maaf dan restu ayah dan mak

Raya malam-malam..aku di Kluang, rumah Helmi Aziz..lebih kurang jam 10pm

Penutup sesi petang..SeMeKASian bergambar di rumah Zahimie Zahid di Kg Jawa Segamat

Wah..bergaya aku di rumah Diba di Tahang Rimau Segamat.

18 Sept 2009

1 comment
Posted in ,

Sajak Untuk Adik Beradikku...


Kehadapan adik beradikku...

Adapun raya tahun ini,
Aku mengharapkan kalian pulang ke kampung halaman,
Jika kalian bimbang tentang keaadaan di rumah ibu ayah kita ini,
Tiada apa yang perlu dirisaukan,
Halaman rumah, tandas, sawang, cermin dan segala lantai
telah aku uruskan..
Apa yang aku harapkan..
Pulanglah di hari raya ini..

Jika ditanya khabar mengenaiku,
Aku sihat seadanya,
Hanyalah luka-luka kecil membersih rumput dan pokok-pokok,
Lenguh-lenguh bahu memberus,mengemop lantai dan mengayam ketupat,
Apa yang aku harapkan...
Pulanglah di hari raya ini..

Jika kau tanya persiapan raya tahun ini,
Pasti meriah dan lebih meriah dari tahun-tahun lepas,
Kerana aku ada untuk jadi penggerak kempen membersih rumah,
Telah ku gantung langsir nan indah, pintu baru yang berwarna kemasan varnish,
Ampaian dan rak kasut yang tersusun rapi,
Apa yang aku harapkan...
Pulanglah di hari raya ini..

Pulanglah..
Tetapi lebih manis jika ada buah tangan unruk kami di rumah ini..
Hohohoho....

Korang jangan terkejut...umah kita tahun ni aku dah renovate..
-Kolam ikan dapat sentuhan deco bersama eric..surprise!!!!.. siap ada tambah ikan lagi..ikan jaws..ada 4 ekor..sekor bunting..raya ke-8 ni beranak la tu..
-Umah dah tambah depan..jadi dua tingkat.tingkat atas leh parking kereta masing-masing..muat untuk chitra abang, saga angah , dan honda city ayah. cantek...
-Pagar aku dah cat emas..siap bubuh eletrik lagi..budak-budak nak beraya memang kena..tobat tak nak masuk..hahaha..lagi la anjing nyonya giler tu..memang kojol kena karan.
-Lain-lain??? balik la umah tengok...

9 Sept 2009

5 comments
Posted in ,

09.09.09

09 SEPTEMBER 2009 a.k.a 09.09.09


Hari ni nampak macam best mungkin sebab tarikhnya nombor best..tak pun sebab ada Pasar Rabu dekat sekolah aku..tak pun sebab hari ni aku je yang rasa best...

Sebenarnya, hari ni aku berjaya anyam ketupat semasa di kelas tadi..hahaha.. dah lama tak buat ketupat..last aku ingat masa sekolah rendah..ayah aku ajar anyam. Pagi tadi aku diuji oleh cikgu-cikgu dan murid-murid. Lepas aku raut dari pelepah pohon kelapa, mula-mula memang tak jadi..jari aku keras betul..asyik terlepas je masa nak menganyam... tapi berkat kesabaran aku..kali keenam aku cuba, baru jadi..hohoho..ketupat sate..(walaupun tak macam orang lain buat, aku isytihar ketupat tu ketupat sate la..hahaha). Lepas tengok je cikgu Hairiah buat, aku yang genius ni pun terus buat ketupat bawang..hahaha..kagum betul dengan kecekapan aku ni..hahaha..

Balik umah, mak aku cakap raya ni leh la anyam ketupat..hampess..kepada adik beradik aku, raya ni kalau nak makan ketupat yang aku anyam, balik la cepat..stok terhad..hahaha...

Esok-esok aku nak anyam tikar, pastu nak anyam wat tudung saji, pastu nak wat atap nipah pulak..pastu aku bukak kedai anyaman pulak..cantekk.. itulah angan-angan aku setelah dua kelongsong ketupat aku anyam pagi tadi..hahaha













Aku suruh buat ketupat, korang buat trompet ye..


Haaa..ni la kelongsong ketupat yang dah dibuat..cikgu-cikgu lain buat laa..hahaha



Ni la kelongsong yang aku hasilkan setelah berhempas pulas..huhu



Ni aku buat selepas aku tengok orang buat..aku terus jadi expert..giler ah~~...hahaha

6 Sept 2009

4 comments
Posted in ,

Rumah Berasap!!!!!

Tolong!!tolong!!!! Mangsa sempat menyelamatkan diri..hahaha

Semalam, 5 September 2009, rumah aku berasap!!!
Berkepul-kepul asap sehinggakan kami sekeluarga terpaksa berada di luar rumah dalam 15 minit..Aku tak nampak apa pun disebalik asap tu..Tekak dan mata perit juga disebabkan asap ni..Dah la hampir waktu berbuka puasa.. Tak sempat nak selamatkan barang-barang peribadi..huhu..

Semua ini sebab 'fogging' sedang dijalankan..Gara-gara adik aku masuk hospital akibat denggi..walhal dia diserang nyamuk-nyamuk di rumahnya, di Shah Alam.. Takpelah, sudah tanggungjawab kerajaan..bagus kerajaan ni..hohoho.. Sekali satu taman kena sembur..

Kalau asap tu sejuk, mesti aku dah terkam kepulan asap tu..(macam awan kat genting highland..haha) Habis lantai rumah seperti berminyak-minyak.. Kolam ikan pun berminyak..nasib ikan emas aku ni kebal..
Tu la..sebab nyamuk yang kecil pun manusia boleh tumbang.. pengajaran, jangan takbur hidup di dunia ni.. tak semestinya besar dan kuat, kita takkan jatuh ditangan yang kecil..
Apa yang tersirat dengan kisah nyamuk ni??Macam ni.. kalau rumah jiran kita yang ke 35 (bukan sebelah rumah) ada takungan air, kita yang berada agak jauh dari rumah pun boleh kena denggi..Kalau kita abaikan sahaja rumash itu walaupun kita dah tau nyamuk boleh membiak... Maknanya..?? Bala atau hukuman bukan menyerang orang yang membuat mungkar dan dosa sahaja.. Seluruh manusia di kawasan pembuat dosa itu boleh terkena bala kerana tidak menegur kesalahan yang dibuat.. Padan muka kita.. Sekali turun bala, satu Malaysia boleh kena.. H1N1, jerebu, ekonomi tak stabil dan macam-macam lagi la.. Renungkan...
Mana nyamuk-nyamuk ni.. aku nak sembur depan muka dia.

Memang best..David Copperfield nak kuar jap lagi ni..



Ehh tiba-tiba ada kereta hitam disebalik asap ni..
Pakcik menang kereta!!!!

3 Sept 2009

1 comment
Posted in

Apabila orang dah jatuh...


Tiba-tiba aku terasa nak bercerita..nak berkongsi sesuatu..

Suatu hari, seorang pemuda yang agak kacak (mungkin Arifudin namanya..hahaha)berjalan kaki menuju ke perhentian bas. Kebetulan ada seorang pakcik duduk di situ. Pemuda itu hairan melihat pakcik itu ketawa tak henti-henti. Sehingga nampak gigi geraham yang dah rosak.. Pelik melihat telatah pakcik itu ketawa seorang diri, pemuda itu memberanikan diri untuk bertanya, "Pakcik, kenapa pakcik ketawa dari tadi..? Apa yang kelakarnya?".

Pakcik itu pun menjawab sambil tersenyum, "Kelakar pakcik tengok..lucu betul..nampak kulit pisang tu? sejak dari tadi, sudah lima orang tergelincir sebab terpijak kulit pisang tu..hahahaha..".

Memang ada kulit pisang di situ, entah siapa la yang buang bersepah.. Perangai mengalahkan monyet..




Adakah kulit pisang ini punca segalanya??

Pemuda turut ketawa mendengar cerita pakcik itu. Tapi untuk seketika sahaja. Pemuda itu terus mengutip kulit pisang dan membuangnya di dalam tong sampah. Sambil mengawal kemachoan yang diperagakan sejak dari rumah lagi..

"Kenapa kamu kutip?" tanya pakcik itu..
"Saya tak mampu untuk ketawa lagi pakcik.. Saya tak mahu melihat orang lain jatuh pula.." jawab pemuda itu dengan penuh hemah sambil beredar dari situ.
Pakcik itu terdiam..(mungkin menitis air matanya sambil berkata, "canteekk..aku kena..")

Lihat, kita sering membiarkan pengalaman pahit yang dilalui atau diketahui agar orang lain turut merasakan kesakitan dan keperitan itu. Sikap dendam yang dilepaskan entah kepada siapa.. Silap-silap terkena pada ahli keluarga kita sendiri.. Sepatutnya pengalaman itu dikongsikan agar ia tidak berulang lagi.. Cukup sekadar pengajaran kepada orang lain..

2 Sept 2009

3 comments
Posted in , ,

Dua tempat satu hari



Seawal 7 pagi aku dah keluar rumah hari ni..bukan menuju ke SK Ayer Hitam..tapi aku ke SK Seri Bertam. Hantar adik aku ke sekolah. Kemudian aku bawa mak ke Hospital Putra Batu Pahat. Tujuannya nak melawat adik aku, Anwar yang terlatar di wad. Sudah dua hari dia terlantar.. doktor kata suspek denggi tapi belum confirm 100% lagi.. masih dalam rawatan.. Jam 7.30am tiba di hospital. Anwar diberi ubat tahan muntah. Katanya perut sakit sebab nak muntah tapi tak jadi.. Aku setuju doktor beri ubat tu sebab bila dia asyik muntah, air dan ubat akan keluar balik.. Bila nak sembuh kan??


Jam 9.45am aku tunggu doktor masih belum masuk ke bilik adik aku..hmm tak leh tunggu ni..aku ada temuduga Kursus Dalam Cuti ni..Kalau aku lulus KDC ni, aku akan gugurkan status GSTT ni. jadi guru sebenar..tapi prosesnya panjang lagi..KDC kali ini, aku diarahkan hadir untuk sesi 10.30am bertempat (JA02) di IPTHO Batu Pahat.

Setibanya di sana, aku lihat sesi 8am tidak selesai lagi.. tapi pegawai yang bertugas sudah memberi aku surat panggilan dan helaian soalan yang perlu aku penuhkan.. Sekali karangan pendek la... ada 3 soalan... aku pun jawab dengan ayat berbunga-bunga..kata-kata yang memberi keyakinan..hahaha..

Calon yang sudah selesai mengatakan temuduga dalam bahasa Inggeris.. aku agak gelabah sedikit..tapi ala apa nak dirisaukan..jawab sajalah..huhu..

Jam 12 tengahari kami semua dikumpulkan untuk menjawab soalan INSAK.. ada 135 soalan dan jawab dalam masa 30 minit..memang nak kena cepat..soalannya pula penuh dengan perangkap..hampeh la..

Selepas itu, temuduga berkumpulan.. kami diberi tajuk untuk diperbincangkan.. Apabila panel kata boleh mula je, aku terus mulakan perbincangan.. Macam moderator pun ada..(aku dah berlatih kat umah..hahaha)..Sebenarnya, tujuan aku mula dulu sebab tak mahu isi aku dicuri orang.. rugi la kalau aku dah rancang ayat, sekali ada orang dah ambil isi tu.. aku pun cakap puas-puas..ayat memang ilmiah punya..hahaha..mantop abis.. Selesai perbincangan aku pun tutup sesi tu..

Kemudian temuduga secara individu.. aku jadi calon pertama!!!
Tak jadi masalah..bagus juga sebab aku kena segera ke Hospital Putra.. nak jemput mak balik..adik nurul dah berada di rumah.. dia balik menumpang orang.. Aku boleh jawab dengan baik.. cuma aku akui English aku masih belum cukup cemerlang.. mungkin sebab gugup dan gemuruh gaknye.. tapi temuduga ini tak seperti yang aku jangkakan..lebih mudah.. mungkin bila kita sudah bersedia mental dan fizikal segalanya nampak mudah..

Selesai saja, aku cepat-cepat ke Hospital Putra.. aku sampai di Yong Peng pada jam 2.30pm.. hantar adik sekolah agama petang pula.. Hmm tak dapat nak tidur..huhu..
Esok akan melawat Anwar lagi...