2 Sep 2009

Dua tempat satu hari



Seawal 7 pagi aku dah keluar rumah hari ni..bukan menuju ke SK Ayer Hitam..tapi aku ke SK Seri Bertam. Hantar adik aku ke sekolah. Kemudian aku bawa mak ke Hospital Putra Batu Pahat. Tujuannya nak melawat adik aku, Anwar yang terlatar di wad. Sudah dua hari dia terlantar.. doktor kata suspek denggi tapi belum confirm 100% lagi.. masih dalam rawatan.. Jam 7.30am tiba di hospital. Anwar diberi ubat tahan muntah. Katanya perut sakit sebab nak muntah tapi tak jadi.. Aku setuju doktor beri ubat tu sebab bila dia asyik muntah, air dan ubat akan keluar balik.. Bila nak sembuh kan??


Jam 9.45am aku tunggu doktor masih belum masuk ke bilik adik aku..hmm tak leh tunggu ni..aku ada temuduga Kursus Dalam Cuti ni..Kalau aku lulus KDC ni, aku akan gugurkan status GSTT ni. jadi guru sebenar..tapi prosesnya panjang lagi..KDC kali ini, aku diarahkan hadir untuk sesi 10.30am bertempat (JA02) di IPTHO Batu Pahat.

Setibanya di sana, aku lihat sesi 8am tidak selesai lagi.. tapi pegawai yang bertugas sudah memberi aku surat panggilan dan helaian soalan yang perlu aku penuhkan.. Sekali karangan pendek la... ada 3 soalan... aku pun jawab dengan ayat berbunga-bunga..kata-kata yang memberi keyakinan..hahaha..

Calon yang sudah selesai mengatakan temuduga dalam bahasa Inggeris.. aku agak gelabah sedikit..tapi ala apa nak dirisaukan..jawab sajalah..huhu..

Jam 12 tengahari kami semua dikumpulkan untuk menjawab soalan INSAK.. ada 135 soalan dan jawab dalam masa 30 minit..memang nak kena cepat..soalannya pula penuh dengan perangkap..hampeh la..

Selepas itu, temuduga berkumpulan.. kami diberi tajuk untuk diperbincangkan.. Apabila panel kata boleh mula je, aku terus mulakan perbincangan.. Macam moderator pun ada..(aku dah berlatih kat umah..hahaha)..Sebenarnya, tujuan aku mula dulu sebab tak mahu isi aku dicuri orang.. rugi la kalau aku dah rancang ayat, sekali ada orang dah ambil isi tu.. aku pun cakap puas-puas..ayat memang ilmiah punya..hahaha..mantop abis.. Selesai perbincangan aku pun tutup sesi tu..

Kemudian temuduga secara individu.. aku jadi calon pertama!!!
Tak jadi masalah..bagus juga sebab aku kena segera ke Hospital Putra.. nak jemput mak balik..adik nurul dah berada di rumah.. dia balik menumpang orang.. Aku boleh jawab dengan baik.. cuma aku akui English aku masih belum cukup cemerlang.. mungkin sebab gugup dan gemuruh gaknye.. tapi temuduga ini tak seperti yang aku jangkakan..lebih mudah.. mungkin bila kita sudah bersedia mental dan fizikal segalanya nampak mudah..

Selesai saja, aku cepat-cepat ke Hospital Putra.. aku sampai di Yong Peng pada jam 2.30pm.. hantar adik sekolah agama petang pula.. Hmm tak dapat nak tidur..huhu..
Esok akan melawat Anwar lagi...

3 comments:

  1. Bagusla..sekarang kat rumah Arif jadi 'abang' sulung buat sementara. Jaga mak, ayah, adik dan diri sendiri.

    InsyaAllah berkat Arif ikhlas menolong keluarga terutama mak dn menjaga Anwar, Allah akan makbulkan doa Arif dan abang doakan Arif lulus cemerlang.

    Moga Arif mencapai apa yang Arif inginkan.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..
    Skrg tanggungjawab ko lak..
    klu boleh, kak ngah mmg nak balik tlg mak...
    ko tgk2 kan mak,ayah & adik2....ko abg yg sulong skrg kat umah...sapa lagi yg nak diharapkan...

    Kak Ngah doakan semua adik2 cemerlang dalam kerjaya & masa hadapan...amin~~~

    ReplyDelete

selamat memberi ulasan