Tiba-tiba aku terasa nak bercerita..nak berkongsi sesuatu..
Suatu hari, seorang pemuda yang agak kacak (mungkin Arifudin namanya..hahaha)berjalan kaki menuju ke perhentian bas. Kebetulan ada seorang pakcik duduk di situ. Pemuda itu hairan melihat pakcik itu ketawa tak henti-henti. Sehingga nampak gigi geraham yang dah rosak.. Pelik melihat telatah pakcik itu ketawa seorang diri, pemuda itu memberanikan diri untuk bertanya, "Pakcik, kenapa pakcik ketawa dari tadi..? Apa yang kelakarnya?".
Pakcik itu pun menjawab sambil tersenyum, "Kelakar pakcik tengok..lucu betul..nampak kulit pisang tu? sejak dari tadi, sudah lima orang tergelincir sebab terpijak kulit pisang tu..hahahaha..".
Memang ada kulit pisang di situ, entah siapa la yang buang bersepah.. Perangai mengalahkan monyet..
Adakah kulit pisang ini punca segalanya??
Pemuda turut ketawa mendengar cerita pakcik itu. Tapi untuk seketika sahaja. Pemuda itu terus mengutip kulit pisang dan membuangnya di dalam tong sampah. Sambil mengawal kemachoan yang diperagakan sejak dari rumah lagi..
"Kenapa kamu kutip?" tanya pakcik itu..
"Saya tak mampu untuk ketawa lagi pakcik.. Saya tak mahu melihat orang lain jatuh pula.." jawab pemuda itu dengan penuh hemah sambil beredar dari situ.
Pakcik itu terdiam..(mungkin menitis air matanya sambil berkata, "canteekk..aku kena..")
Lihat, kita sering membiarkan pengalaman pahit yang dilalui atau diketahui agar orang lain turut merasakan kesakitan dan keperitan itu. Sikap dendam yang dilepaskan entah kepada siapa.. Silap-silap terkena pada ahli keluarga kita sendiri.. Sepatutnya pengalaman itu dikongsikan agar ia tidak berulang lagi.. Cukup sekadar pengajaran kepada orang lain..
Wah, Wah.. waaaahh! adik ni dah pandai bermadah pujangga.... penuh ilmu dalam songkok niii. Memang benar, bak kata orsng,tak ada orang boleh mengubah kita melainkan kita sendiri, jangan jadikan acuan sebagai alasan sedangkan berbagai perisa boleh digunakan dalam satu acuan....kita boleh ubah dengan izinNya....
ReplyDelete