15 Jan 2010

Blog aku diperhatikan...

Apa nak ditaip malam ni.. aku ada beberapa perkara nak dikongsikan, tapi mood tu belum datang lagi.. bila dah ada nanti aku publishkan kat blog ni.

Sebenarnya, blog aku ni sedang dan akan diperhatikan oleh pihak polis.. Jangan terkejut pula. Ya lah, ketua polis negara minggu lepas maklumkan bahawa pihak polis akan menyiasat blog-blog yang ada unsur-unsur hasutan atau yang boleh mengeruhkan keamanan masyarakat. Maknanya blog aku pun akan dibaca la..hahaha..

Aku berhati-hati untuk menaip malam ni. Bimbang jadi isu plak nanti.. Silap-silap glamour aku nanti masuk tv sebab blog je..huhu..

Kepada rakyat Malaysia, atau pembaca blog aku ni, jangan la jadi penghasut.. jadi penegak keadilan takpe.. walaupun kita ada 'kebebasan bersuara' tapi berhati-hati.. kerana mulut badan binasa, kerana jari blogger merana..

Renung-renungkan dan selamat beramal..!!!!

2 comments:

  1. weeii laloq...eh..arif..haha...

    ko pun ada blog jugak??hahaha....

    ReplyDelete
  2. hoho...aku pun nk tnye soalan tu kat ko..
    hahaha

    ReplyDelete

selamat memberi ulasan