18 Sept 2009

Sajak Untuk Adik Beradikku...


Kehadapan adik beradikku...

Adapun raya tahun ini,
Aku mengharapkan kalian pulang ke kampung halaman,
Jika kalian bimbang tentang keaadaan di rumah ibu ayah kita ini,
Tiada apa yang perlu dirisaukan,
Halaman rumah, tandas, sawang, cermin dan segala lantai
telah aku uruskan..
Apa yang aku harapkan..
Pulanglah di hari raya ini..

Jika ditanya khabar mengenaiku,
Aku sihat seadanya,
Hanyalah luka-luka kecil membersih rumput dan pokok-pokok,
Lenguh-lenguh bahu memberus,mengemop lantai dan mengayam ketupat,
Apa yang aku harapkan...
Pulanglah di hari raya ini..

Jika kau tanya persiapan raya tahun ini,
Pasti meriah dan lebih meriah dari tahun-tahun lepas,
Kerana aku ada untuk jadi penggerak kempen membersih rumah,
Telah ku gantung langsir nan indah, pintu baru yang berwarna kemasan varnish,
Ampaian dan rak kasut yang tersusun rapi,
Apa yang aku harapkan...
Pulanglah di hari raya ini..

Pulanglah..
Tetapi lebih manis jika ada buah tangan unruk kami di rumah ini..
Hohohoho....

Korang jangan terkejut...umah kita tahun ni aku dah renovate..
-Kolam ikan dapat sentuhan deco bersama eric..surprise!!!!.. siap ada tambah ikan lagi..ikan jaws..ada 4 ekor..sekor bunting..raya ke-8 ni beranak la tu..
-Umah dah tambah depan..jadi dua tingkat.tingkat atas leh parking kereta masing-masing..muat untuk chitra abang, saga angah , dan honda city ayah. cantek...
-Pagar aku dah cat emas..siap bubuh eletrik lagi..budak-budak nak beraya memang kena..tobat tak nak masuk..hahaha..lagi la anjing nyonya giler tu..memang kojol kena karan.
-Lain-lain??? balik la umah tengok...

1 comment:

  1. Abang@Izwan Pilus huhuhu!19 September 2009 at 02:47

    kuang asam..semakin lawak ko sekarang sejak bercampur kanak-kanak istimewa!

    Iman abang dah ajar hulur tangan ngan genggam ang pow.Duit dia bagi 'PEMEGANG AMANAH' ni yang jaga.korang standby jek.HAHAHAHA..sukanya abang tahun ni!

    Parking keta saga kau letak kat umah nyonya gila sebelah ke? Nanti laki dia guna bawak gi dusun ambik petai!

    Tunggulah kepulangan abang sekeluarga kerana tak sabar nak menerima duit raya dari korang-korang yang berkemampuan tu!

    Abang mungkin sampai petang. Baru lepas kemas rumah ni. Penat! sinki dapur tersumbat lak. Puas godeh. Nasib baik abang ko semakin berbakat sekarang ni. Tapi ketuk paku kat dinding memang hancur! habis pecah-pecah.huahuahaua.

    ReplyDelete

selamat memberi ulasan